Saya tidak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi saya cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidah sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin saya cukup baik dan sempurna.
Seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah(tuhan) berikan kepada kita. Ini yang harus saya jadikan sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri.
Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.
Saya manusia normal yang tidak pernah sempurna dan saya percaya setiap orang memandang sesuatu dengan pandangan berbeza mengikut kehendak dan keperluan . Tentunya saya tidak mampu memenuhi semua kriteria atau standard piawaian untuk memuaskan semua orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan